Tuesday, May 17

Mainan Bebudak pun dahsyat! JUM Layan~


Amacam? Gua tak kisah..gua layan pape aje~
PEACE!

Monday, May 16

CIKGU!!!!

Waktu di kelas.

Cikgu:    Cikgu nak bagi tau kamu semua.Kalau nak jadi cikgu kena pandai macam cikgu..Selepas bla bla bla......

Cikgu:    Mat, 1+2 berapa?

Mat:       Kenapa cikgu tanya saya? Cikgu kan pandai.

KAKI TIPU. - Jum LAYAN!

Di satu petang yang sunyi tapi riuh dengan bunyi hujan mencurah-curanh membasahi bumi. Walaupun begitu,keadaan dalam rumah tetap kering. Bermulalah satu dialog anak dan emak.........



Anak :   Mak, bosanlah....main soal jawab.
Emak:   Ermm...bagus juga hobi kau tu.Huh, apa lagi...mulailah.
Anak:    Dalam sebuah kampung ni,tinggal seorang kaki tipu. Pada suatu hari si kaki tipu telah ditangkap polis.Sampai di balai tanpa membuang masa polis pun memulakan soal siasat dan polis membebaskan si kaki tanpasebarang ikat jamin ataupun parol.Soalannya mak,kenapa polis itu membebaskan si kaki tipu?
Emak:   Ermm...sebabbb... dia tipu polis tu..
Anak:    Salah!
Emak:   Habis tu?
Anak:    Mak,tak salah kalau pakai kaki tipu@kaki palsu..
Emak:   Arrghhhh....!!

Tahu Ke? - Gua Pun Layan Aje~

Sesetengah peribahasa mahupun pantun membawa maksud tersirat.Pernakah anda menyedari hakikat ini? Di sini gua akan merungkaikan persoalan tersebut.Sama-samalah lah kita renungkan~
  

Kenapa buah cempedak di luar pagar?
Sebab buah cempedak rendah nilainya jika dibandingkan dengan buah strawber dan anggur yang di tanam di dalam pagar  


Kenapa pisang emas dibawa belayar? 
Sebab tak sempat masak nasi.  


Kenapa berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian? 
Sebab masa tu belum ada jet ski.


Kenapa kalau orang jatuh mesti disamakan dengan nangka busuk? 
Sebab orang jatuh tu mempunyai bau kentut yang sama dengan nangka busuk.


Kenapa pisang takkan berbuah dua kali? 
Sebab pisang bukan mamalia.

ORANG MARAH SELALU RUGI. - Gua Layan Aje~

  • SUAMI ISTERI BERGADUH
         Asal je bergaduh diorang ni suka sangat baling-baling barang terutamanya yang paling dekat dicapai seperti pasu bunga,pinggan atau mangkuk.Akibatnya barangan pecah dan rug,pastu kena bersihkan pulak barang yang berselerak.
  • MOTOSIKAL PANCIT
         Bila motor pancit kat jalan korang naik marah dan tendang pulak motor tu, tak pasal-pasal pecah plat nombornya.Selain kena keluar duit tampal tayar, plat nombor pun kena ganti jugak~
  • KAPEL BERTENGKAR
          Pakwe atau makwe ni pulak bila marah suk tuntut barang-barang yang dah diberi.Kononnya dah taknak dikenang maka barang tu dicampak kat mana-mana ntah terus hilang, kan rugi namanya tu.
  • TENGOK TV
          Kalau fanatik sangat tengok bola jangan la sampai TV pulak jadi mangsa kalau pasukan yang disokong kalah.Bila TV dah rosak dah gerenti korang yang rugi pasal nak kena merepairnya atau beli baru.
  • KECEWA KERJAYA
         Bos tak naikkan gaji walaupun dah berkurun kerja,tak usah la marah  depan bos dengan memaki hamun dia.Tak pasal-pasal bos marah korang balik langsung korang dipecat,kan rugi bila takda keja.
  • PUTUS CINTA
Bila kapel buat silap skit nak marah,turus mintak putus kononnya senag dapat pengganti.Malangnya takda sorang pun terpikat kat korang.Dah rupa tak seberapa,harta lagi la takda.....kan dah rugi.
  • MASALAH FAMILI
Bila mak ayah marah pasal nak betulkan tingkahlaku korang tapi baru kena jentik telinga sikit dah merajuk.Bawa diri lari dari rumah....bila terjebak dengan masalah,tragedi atau kemalangan baru la ingat mak bapak balik..


Sekian~